
Sunday, January 25, 2009
Saturday, January 24, 2009
SONGKOK ALAF BARU!
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
DI bawah ini saya sertakan foto songkok kodroi ciptaam kami. Songkok alaf baru... Kami mempunyai 19 warna pilihan... Akan berada di pasaran tidak lama lagi. Buat masa ini tempahan boleh dibuat melalui hp 012-6210300 datau 019-2521717 atau emel bam.alhaj@yahoo.com.
DI bawah ini saya sertakan foto songkok kodroi ciptaam kami. Songkok alaf baru... Kami mempunyai 19 warna pilihan... Akan berada di pasaran tidak lama lagi. Buat masa ini tempahan boleh dibuat melalui hp 012-6210300 datau 019-2521717 atau emel bam.alhaj@yahoo.com.
Friday, January 16, 2009
SONGKOK ALAF BARU...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat tahun baru hijrah 1430. Semoga kita terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Salah satu warisan tradisi Melayu adalah songkok. Songkok dipakai sebagai pelengkap baju Melayu, khususnya ketika menyambut hari raya setiap tahun. Songkok juga dipakai ketika hendak solat di masjid atau surau. Bahkan, bagi sesetengah orang, songkok sentiasa dipakai walau di mana ia berada...
Bagaimanapun, songkok tradisi diperbuat daripada kain baldu. Kain baldu ada pelbagai jenis, namun apabila terkena air, ia akan rosak. Songkok baldu juga memerlukan penjagaan rapi, dan mesti digosok bagi menghilangkan habuk. Apabila kita membeli songkok, kita juga mesti membeli berus.
Oleh kerana kesulitan tersebut, ramai yang beralih kepada kopiah bulat yang diperbuat daripada kain, sama ada berwarna putih, hitam atau bercorak.
Pada tahun 2008, saya telah menemui idea baru untuk mengembalikan semula kegemilangan tradisi memakai songkok di kalangan orang Melayu. Songkok menggunakan kain kodroi! Kini saya telah daftarkan produk ini Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Saya mencipta songkok dari kain kodroi berjalur 1mm yang diimport dari Jepun, melalui seorang kawan. Songkok ini saya namakan SONGKOK WORLD (TM)!
Kami menawarkan 19 jenis warna daripada hitam, biru, ungu, hijau, coklat, cream, kelabu dan putih. Bayangkan, 19 warna pilihan! Dan anda dengan mudah boleh menyesuaikannya dengan warna baju Melayu atau imej yang anda kehendaki.
SONGKOK WORLD (TM) juga dicipta dalam dua bentuk. Pertama, bentuk biasa; dan kedua, bentuk yang boleh dilipat.
Keistimewaan SONGKOK WORLD (TM) ialah:
1. Tahan lasak, tidak perlu diberus
2. Kalis air, tidak rosak apabila terkena air.... Bahkan boleh dibasuh atau dry cleaning
3. Tidak menggunakan kertas di bahagian dalam seperti songkok biasa, tetapi menggunakan
sejenis kain keras yang disalut dengan kain lembut khas
4. Mudah disimpan, terutama bagi bentuk yang boleh dilipat (datang dengan casing khas)
5. Tidak mudah rosak atau kemek
6. 19 warna pilihan dalam pelbagai saiz
7. Harga berpatutan
Songkok ini berukuran 4 inci (tinggi) dan bersaiz daripada 18 untuk (kanak-kanak) hingga 23 (dewasa). Anda juga boleh menempah untuk saiz yang lain. Kami juga menawarkan ukuran tinggi 5 inci dan 6 inci, jika ada permintaan.
Kami berharap SONGKOK WORLD (TM) akan menjadi pilihan kita semua. Anda boleh mula menempahnya sekarang. Harganya dari RM35 - RM59.00.00 sebuah, bergantung kepada saiz.
SONGKOK WORLD (TM) akan dilancarkan dan pasti berada di pasaran pada bulan Mac 2009.
Kami akan menjualnya di pasaran dan melalui online.
Agen setiap daerah adalah diperlukan. Harga borong boleh dirunding.
Hubungi kami melalui emel bam.alhaj@yahoo.com atau
HP 012-6210300 (BAM AL-HAJ) atau 019-2521717 (Puan Zila).
Tel: 603-77834296 Fax: 603-77835296 (Fazura)
Subscribe to:
Comments (Atom)
